Reminder

Reminder

Wednesday 26 August 2015

Friday 14 August 2015

Sunnah Rasulullah Amalan Terbaik: Ketika Masuk dan Keluar dari Bilik Mandi

Sunnah Rasulullah S.A.W. ketika masuk dan keluar dari bilik mandi:

1. Masuk ke bilik mandi dengan melangkah kaki kiri dan keluar darinya dengan melangkah kaki kanan

2. Membaca doa ketika masuk ke dalam bilik mandi
"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina."
(Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)


3. Membaca doa ketika keluar dari bilik mandi
"Aku mengharapkan keampunan-Mu."
(Hadis dilaporkan oleh Ashabus Sunan)

Selamat beramal! :)

Thursday 13 August 2015

Sunnah Rasulullah Amalan Terbaik: Ketika Bangun Tidur

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk memiliki buku 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W. Dah lama cari buku macam ni nak dijadikan rujukan. Iye lah, Allah dah bagi contoh terbaik manusia untuk dijadikan teladan tapi taknak kaji atau ikut lagi, tak ke pelik tu. Hihi.

Di sini saya nak kongsikan antara amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. yang terdapat di dalam buku ni.

Okay kali ini kita tengok sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W ketika bangun tidur.

1. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan
Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan pada hadis Rasulullah S.A.W.:
"Rasulullah S.A.W. bangun daripada tidur, lalu Baginda duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya." (Hadis direkodkan oleh Imam Muslim)

2. Membaca doa bangun daripada tidur

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan." (Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari)

3. Bersugi

"Rasulullah S.A.W apabila bangun daripada tidur, Baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)." (Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)
*Kayu sugi ni dengan mudah boleh didapati di Mydin hihi. Alhamdulillah dapat rasa nikmat bersugi, rasa mulut lebih segar dan nyaman. Di samping niat nak capai redha Allah dengan ikut sunnah Nabi, dapat pula rasa kesegaran selepas bersugi. Haa rugi kalau tak amalkan ni.

Jom kita contohi kehidupan peribadi agung Rasullullah S.A.W. Mula dengan bangun tidur dulu hihi.
InsyaAllah.

Saturday 1 August 2015

Sempurna



Silap aku cuba mencari sempurna pada makhluk.
Sedangkan hanya Dia yang Maha Sempurna.

Wahai yang Maha Sempurna,
Pimpinlah hamba yang serba kekurangan ini menuju redhaMu.
Tidak ada apa-apalah aku tanpaMu.