Sunnah Rasulullah ketika memakai kasut:
1. Memakai kasut dimulai dengan kaki kanan
2. Menanggalkan kasut dimulai dengan kaki kiri
3. Tidak memakai hanya sebelah kasut sahaja. Memakai kedua-dua belah atau menanggalkan kedua-duanya
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Jika salah seorang daripada kamu mengenakan kasut, hendaknya ia mendahulukan kaki kanan. Sedang jika ia menanggalkannya, sewajarnya ia mendahulukan kaki kiri. Juga, semestinya ia memakai kedua-keduanya, atau justeru melepaskan keduanya sekaligus.” -HR Muslim
Berapa banyak kali dalam sehari kita memakai dan menanggalkan kasut? Banyak kali kan? Bayangkan jika setiap kali itu kita mengikut cara nabi dan berniat untuk mencontohi sunnah Rasulullah, banyak pahala tu kan hihi. InsyaAllah.
Selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment