1. Menghadirkan niat yang baik dalam segala amalan
Segala amalan yang diharuskan seperti makan, tidur, bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah. Ini jikalau diniatkan kerana Allah.
Rasulullah s.a.w. menyatakan:
"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung pada niat."
(Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Ibadah yang mudah tapi mudah juga dilupakan. Mari berazam untuk berniat mencari redha Allah dalam setiap rutin harian kita. Pahala ibadah pun dapat, pahala ikut sunnah Rasulullah pun dapat. Bijak bijakk. Hehe ;)